fbpx

KP agensi keselamatan selesai beri keterangan kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ketua pengarah sebuah agensi keselamatan difahamkan sudah tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan kes gangguan seksual, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Difahamkan, individu itu dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pengamal media yang berkumpul di luar IPD Putrajaya sejak pukul 1.50 petang tadi tidak sempat merakam sebarang kehadiran kenderaan yang membawa ketuapPengarah berkenaan.

Ketika ini, tiada sebarang rakaman gambar atau video berjaya diambil berhubung kehadiran ketua pengarah itu ke IPD Putrajaya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan pegawai kanan itu akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Media sebelum ini melaporkan, Unit Komunikasi Korporat agensi itu memaklumkan, isu berkenaan adalah bersifat peribadi dengan motif tertentu.

Terdahulu, polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan membabitkan dakwaan kes gangguan seksual oleh pegawai kanan berkenaan terhadap seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI