fbpx

Guru muzik didakwa lakukan amang seksual terhadap murid 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nazmi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini terhadap dua pertuduhan melakukan amang seksual ke atas murid perempuan berusia 10 tahun pada Jun dan Julai lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang guru muzik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan melakukan amang seksual ke atas murid perempuan berusia 10 tahun pada Jun dan Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Nazmi Mohamed Nazri, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di bilik muzik di sebuah sekolah di Taman Pengkalan Jaya di sini pada pukul 9.45 pagi, Jun lalu dan 10.30 pagi, Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh juga hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh sehingga tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang mangsa diganggu, namun peguam Syahrul Nizam Mohd. Rabi memohon jaminan diberikan berikutan anak guamnya itu tidak pernah mengganggu saksi pendakwaan selepas aduan dibuat.

Beliau juga memberitahu, anak guamnya itu menghidap sakit jantung dan anemia.

“Sekiranya sesuai dikenakan syarat tambahan tidak menganggu mangsa, pihak kami tiada bantahan termasuk melapor diri di balai polis berhampiran. Kami mohon syarat jamin dalam kalangan ahli keluarga dikecualikan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI