fbpx

DUN Johor ucap tahniah, yakin Sultan Johor pimpin negara selaku Agong ke-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) menunjukkan buku laporan Belanjawan Johor 2024 sempena Pembentangan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yakin Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mampu memimpin negara ke arah pembangunan, kemakmuran dan perpaduan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata demikian semasa berucap merasmikan Sidang DUN Johor yang bermula hari ini di Kota Iskandar, di sini.

“DUN Johor merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pemilihan baginda selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Sebagai teras kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini, DUN Johor amat berkeyakinan dengan pentadbiran baginda dalam membawa Malaysia terus maju dengan kemakmuran dan perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim atas pemilihan baginda sebagai ketua negara.

“Terima kasih atas nasihat dan panduan diberikan bagi memastikan Johor mencapai matlamat Maju Johor 2030. Terima kasih juga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak lekang memberi motivasi dan inspirasi dalam memacu kemajuan negeri ini.

“Tahniah juga diucapkan kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan juga menjadi juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

“Marilah kita juga berdoa agar Piala Malaysia juga menjadi milik JDT,” ujarnya semasa berucap memulakan pembentangan Belanjawan Johor 2024, hari ini.

Pada 27 Oktober lalu, Majlis Raja-Raja bersetuju memilih Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Ke-263 yang diadakan di lstana Negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI