fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Budak hilang kaki, tiga kali terselamat ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Ahmed Shabat yang kehilangan kedua kakinya dirawat di Hospital Al-Aqsa.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin tiga kali terselamat daripada ajal oleh serangan pengeboman rejim Zionis Israel yang turut mengakibatkan kehilangan kakinya, selain menjadi yatim piatu ekoran kematian ibu bapanya.

Menerusi hantaran video seorang pencipta kandungan di Palestin dikenali sebagai Ahmad Ghunaim memaparkan, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Ahmed Shabat tinggal di bandar Beit Hanoun di utara Gaza.

“Rumahnya dibom dan Ahmed Shabat cedera, manakala kedua ibu bapanya terkorban. Kemudian dia dipindahkan ke kawasan Sheikh Radwan dan rumah didiaminya turut dibom. Dia cedera sekali lagi.

“Dia pindah sekali lagi ke bandar Nuseirat bersama bapa saudaranya. Berlaku pengeboman rejim Zionis Israel melibatkan rumah didiaminya. Bapa saudaranya terbunuh.

“Bagaimanapun, Ahmed Shabat kemudian menjalani rawatan pembedahan kaki dan pinggul,” menurut hantaran video itu, malam tadi.

Doktor memaklumkan kanak-kanak tersebut memerlukan penjagaan khas selepas pembedahan kakinya.

“Hari ini bacaan darah ialah 7.4 dan keadaan kesihatannya semakin teruk setiap hari. Ahmed Shabat berada di Hospital Al-Aqsa. Tiada fasiliti perubatan di tempat itu.

“Dia perlukan rawatan di luar Gaza sebelum terlewat. Masa berlalu pantas. Ahmad Shabat berdepan tiga kali ‘kematian’ dalam tempoh waktu yang singkat,” menurut video tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Ghunaim menegaskan, mereka sangat memerlukan penjagaan dan rawatan kesihatan kepada pesakit dan bukannya wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI