fbpx

Rexy Mainaky bagi kata-kata padu kepada Toh Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE WEI (kiri) dituntut supaya kembali menyalakan ‘api’ dalam diri ketika menjalani latihan atau pada kejohanan kompetitif bagi mendapatkan semula prestasi lama.

PEMAIN beregu campuran negara, Toh Ee Wei digesa supaya kembali menunjukkan karakter sebenar selepas dia dilihat semakin goyah dari segi corak permainan dalam beberapa kejohanan terdahulu.

Terbaharu, dia yang bergan­dingan dengan Chen Tang Jie terpaksa menamatkan kejohanan Jepun Masters di Kumamoto minggu lalu pada pusingan suku akhir selepas tewas kepada beregu No. 1 dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tanpa berselin­dung mengakui, keghairahan beregu tersebut sudah semakin luntur selepas memecah masuk kelompok ranking 10 teratas ­dunia.

Justeru, beliau menggesa anak-anak buahnya itu, ter­utamanya Ee Wei supaya kembali menyalakan ‘api’ dalam diri ketika menjalani latihan atau pada kejohanan kompetitif bagi mendapatkan semula prestasi lama.

“Saya nampak mereka ada rasa puas selepas berjaya ma­suk dalam kelompok 10 teratas dunia. Selain itu, usaha ketika menjalani latihan pun ada sedikit kurang jika dibandingkan dengan sebelum ini.

“Toh (Ee Wei) biasanya dulu ada usaha ekstra itu selain kemahuan serta dahaga untuk buat lebih tetapi sekarang sudah semakin kurang. Saya harap dia sedar dan kembali dapatkan semangat dan keghairahan dalam latihan,” kata pengendali dari ­Indonesia itu.

Untuk rekod, dalam lima kejohanan terakhir, prestasi Tang Jie-Ee Wei boleh dikatakan agak tenggelam meskipun mereka berjaya melayakkan diri ke separuh akhir pada kejohanan Terbuka Arctic dan Korea Masters.

Sementara itu, Rexy turut menjelaskan, juara Terbuka Taiwan itu beraksi dalam keadaan kelam-kabut ketika berdepan Si Wei-Ya Qiong Jumaat lalu ­biarpun menampilkan aksi cukup baik pada awal set pertama.

“Prestasi mereka pada awal set pertama sangat bagus kera­na cukup padu dan berani. Bagaimanapun, mereka lupa bahawa lawan mereka adalah ­No. 1 dunia selain memiliki banyak pengalaman.

“Apabila lawan tukar sedikit sahaja corak permainan, mereka mula fikir macam-macam dan bermain kelam-kabut. Ia membuatkan Tang Jie-Ee Wei sukar untuk mengutip mata,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI