fbpx

Ketua Penolong Pengarah Stesen TV didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang ketua penolong pengarah sebuah stesen televisyen didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima RM18,000 daripada seorang individu tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Suhaila Md Zaini, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakin Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Suhaila didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penerbit Rancangan yang bertugas di sebuah stesen televisyen telah menerima RM18,000 daripada seorang individu, yang tertuduh ketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai Penerbit Rancangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen televisyen di sini antara 17 April 2019 dan 5 Jun 2019.

Justeru pertuduhan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM7,000 serta syarat-syarat tambahan iaitu penyerahan pasport dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

“Tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 November lepas. Saya memohon untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sana untuk dibicarakan bersama,” katanya.

Semasa prosiding, peguam Gurmit Singh Hullon yang mewakili tertuduh tidak membantah kedua-dua permohonan itu.

Selepas mendengar maklumkan dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Rozina membenarkan permohonan pendakwaan dan memaklumkan tarikh sebutan akan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Pada 14 November lalu, Suhaila didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat produksi pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI