fbpx

Pandu kereta mewah tetapi boikot Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Zhemin.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin menyindir kerajaan Pas Kelantan berhubung isu boikot produk menyokong Israel.

Dakwa beliau, kerajaan Pas Kelantan masih menggunakan kereta berjenama mewah yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

“Saya nak tanya kerajaan Kelantan empat buah kereta (mewah) masih nak pakai ke tak? Nak boikot ke tak?”

“Saya ada baca dua minggu lalu (sebuah jenama kereta mewah) derma RM5 juta kepada Israel,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sindiran itu dilontarkan ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata beliau, tidak patut ada unsur pilih kasih dalam soal memboikot produk berkaitan Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI