fbpx

Kuala Muda catat kemalangan tertinggi dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aman Shah menunjukkan contoh topi kaledar yang menepati piawaian keselamatan.

SUNGAI PETANI – Daerah Kuala Muda terus merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di negara ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, berdasarkan statistik daerah Kuala Muda  bukan sahaja merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di Kedah malah turut berada di kedudukan pertama di Malaysia.

Jelas beliau, berdasarkan statistik terkini pihaknya mendapati sebanyak 452 kes kemalangan maut direkodkan bermula Januari hingga September lalu di seluruh negeri ini dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 408 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 121 kes kemalangan maut yang direkodkan berlaku di daerah Kuala Muda berbanding sebanyak 108 kes pada tahun lalu.

“Selain daerah Kuala Muda, dua lagi daerah lain yang merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di negeri ini ialah daerah Kota Setar iaitu sebanyak 75 kes  dan Kulim sebanyak 63 kes,” katanya pada sidang akhbar sempena Sambutan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri, di Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH), di sini hari ini.

Katanya, justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini terutamanya di lokasi-lokasi hotspot.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kedah, Superintendan, Abdel Nasser Salleh berkata, pihaknya mensasarkan penurunan kes kemalangan sebanyak 50 peratus pada tahun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI