fbpx

Bekas komando ditemui lemas lepas sebulan bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa ditemui terapung di dalam tasik di Sungai Udang, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang bekas komando ditemui lemas dalam tasik di kawasan rizab hutan simpan di belakang Taman Indah, Sungai Udang, di sini semalam.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu dijumpai pada pukul 5.30 petang oleh dua remaja berusia 14 tahun yang datang ke lokasi berkenaan untuk memancing.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, remaja itu kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada bapa mereka sebelum membuat laporan polis.

“Balai Polis Masjid Tanah menerima panggilan pada pukul 6.30 petang daripada orang awam yang memaklumkan berkenaan penemuan mayat dalam tasik di Taman Indah.

“Pemeriksaan mendapati si mati merupakan bekas komando Kem Sungai Udang yang telah diberhentikan kerja,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, si mati baru sebulan bercerai dan kali terakhir bekas isterinya berhubung dengan lelaki itu melalui panggilan telefon pada pukul 9 pagi kelmarin.

“Menurut isterinya, si mati tidak mempunyai sebarang penyakit dan bekerja sebagai penjaga ternakan di kandang kambing bersebelahan tasik tersebut.

“Usaha menaikkan mayat ke daratan dilakukan pasukan bomba dengan kekuatan sembilan anggota,” ujarnya.

Bedah siasat di Hospital Alor Gajah mendapati punca kematian lelaki itu akibat lemas. Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI