fbpx
Gambar hiasan.

Guru wanita ditemui tidak bernyawa di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di daerah ini semalam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan, M. Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi.

Menurutnga, mangsa yang merupakan seorang guru telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan proses siasatan kes.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1222, atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di Balai Polis Kerling di talian 03-6048 1222. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN