fbpx

Penceroboh diminta tinggalkan tanah diteroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyampaikan bantuan bencana sebanyak RM300 kepada mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Penceroboh kawasan Kolam Tadahan Bukit Merah diminta untuk meninggalkan tanah diteroka terbabit dengan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka enggan berbuat demikian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamadbberkata, operasi yang dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kerian bersama beberapa agensi penguat kuasa itu adalah untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas aktiviti pencerobohan di atas tanah kerajaan.

“Saya difahamkan bahawa PDT Kerian telah mengeluarkan notis amaran kepada individu -individu yang terlibat.

“Kerajaan negeri juga telah memanggil dan bermesyuarat dengan individu-individu itu dan meminta mereka keluar dari tanah yang diteroka,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan RM300 kepada penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di sini hari ini.

Menurut Saarani, sekiranya mereka enggan atau berkeras (untuk kekal), pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 425(1) (b) Kanun Tanah Negara.

Mengulas tentang keadaan banjir di Perak, beliau berkata, dua dari enam PPS yang dibuka untuk mangsa bencana tersebut telah ditutup semalam.

“Dua PPS yang ditutup ialah di Dewan Serbaguna Chikus di Hilir Perak dan Dewan Orang Ramai di Kampung Seri Kinta di daerah Kinta.

“Manakala empat lagi masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu dan Changkat Lobak di Kerian serta Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak dan Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Meru 2A di daerah Kinta,” katanya.

Tambahnya, seramai 178 mangsa daripada 52 keluarga masih ditempatkan di empat PPS itu.

Katanya, sebanyak RM600 telah diberikan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban dan bantuan itu termasuk bantuan awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI