fbpx
Lelaki didakwa cuba menceroboh sebuah rumah di Puchong, malam tadi.

Lelaki kurang waras ceroboh rumah di Puchong dah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun diberkas polis selepas disyaki menceroboh masuk sebuah rumah dalam keadaan kurang waras, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan dibuat susulan video kejadian yang tular di aplikasi Threads hari ini.

“Suspek ditahan di USJ dan direman tiga hari hingga 25 April bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan menyalurkan maklumat kepada IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penyewa melalui detik mencemaskan apabila seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak agresif mengetuk pintu rumahnya di Puchong, lewat malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.50 malam tadi itu dikongsikan pengguna Threads, are_zamm_, yang mendakwa lelaki terbabit cuba masuk ke rumah sewanya ketika dia bersama keluarga termasuk bayi kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN