fbpx

Mindef teroka kerjasama pemain industri untuk STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) ketika merasmikan majlis penutup Pertandingan Akhir Inovasi Pertahanan 2023 Peringkat Kebangsaan di Wisma Perwira ATM hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan terus meneroka peluang bekerjasama dengan pemain industri seperti Petronas dan syarikat-syarikat industri pertahanan untuk program-program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini seterusnya memberi pendedahan mengenai laluan pendidikan kepada sekolah-sekolah serta laluan kerjaya dalam bidang industri pertahanan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurutnya, kementerian melalui Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) komited untuk meningkatkan program-program pembudayaan daya cipta dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

“Melalui inovasi kita mampu meningkatkan keselamatan negara melalui pemerkasaan keupayaan pertahanan.

“Sebagai contoh kemajuan dalam AI dan pembelajaran mesin boleh membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengesan dan mencegah serangan siber,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap Pertandingan Akhir Inovasi Pertahanan Peringkat Kebangsaan bertemakan Tentera Masa hadapan atau Future Soldier serta Majlis Penutup Program Membudayakan R&D Pertahanan di Sekolah 2023 di sini, hari ini.

Seramai 280 pelajar dan 40 guru melalui penilaian peringkat pertama pada September lalu, manakala sebanyak 20 pasukan projek terpilih ke Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi Pertahanan.

Dalam pada itu, Adly berkata, penganjuran program seperti itu diharap dapat mengatasi masalah kurangnya minat pelajar dalam menekuni ilmu sains dan teknologi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI