fbpx

STR RM10 bilion manfaatkan 8.7 juta penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 bilion ringgit disediakan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memanfaatkan hampir 9 juta penerima.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia merupakan peningkatan berbanding tahun 2023 sebanyak RM8 bilion.

“Kategori isi rumah yang menerima pendapatan kurang RM2,500 sebanyak 3.1 juta penerima, isi rumah antara pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebanyak 1 juta, warga emas yang bujang sebanyak 3.1 juta, bujang dengan pendapatan kurang RM2,500 sebanyak 3.3 juta.

“Mengikut kaum, Bumiputera Sabah/Sarawak, penerima STR 1.1 juta (13 peratus); Melayu sebanyak 5 juta orang (57 peratus); Cina sebanyak 1.6 juta orang (18 peratus); India sebanyak 0.7 juta orang (lapan peratus) dan lain-lain 0.3 juta orang (empat peratus). Jumlahnya 8.7 juta orang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Terdahulu, Ahmad berkata, pemakluman berhubung status kelulusan permohonan STR dan pembayaran STR melalui tiga kaedah iaitu penghantaran surat, hebahan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Portal Rasmi STR.

Menurut beliau, pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu STR boleh juga dibuat secara berkelompok melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan persatuan penduduk.

Kata beliau, proses pendaftaran dan pengemaskinian perlu dilaksanakan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima STR.

“Langkah ini juga penting bagi memastikan sumber kewangan negara digunakan dengan berhemat serta bersasar kepada golongan B40 di samping mengelakkan ketirisan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) tentang usaha kerajaan memudahkan akses oleh Pejabat Pusat Khidmat Parlimen bagi membantu pemohon STR menyemak status permohonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI