fbpx

Dua sindiket judi online di Padawan dilumpuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mancha menunjukkan komputer riba yang dirampas daripada dua sindiket perjudian dalam talian di Daerah Padawan.

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak melumpuhkan dua sindiket perjudian dalam talian di Daerah Padawan, yang beroperasi menggunakan kondominium dengan menggaji warga asing.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kejayaan itu dicapai menerusi tiga serbuan yang dijalankan pada 7 dan 8 November lalu.

Katanya dalam serbuan pertama pada 7 November, satu sindiket yang beroperasi menggunakan sebuah kondominium di Lorong Dogan 3 ditumpaskan apabila seramai sembilan orang ditangkap, dengan rampasan melibatkan empat unit set komputer, dua unit modem Wifi, lima unit telefon pintar dan seunit komputer riba.

Manakala, beliau berkata serbuan pada 8 November berjaya menumpaskan satu lagi sindiket yang beroperasi di sebuah kondominium di Jalan Sunnyy Hill Garden, dan seramai 17 orang ditangkap serta pelbagai peralatan iaitu 4 unit set komputer, lima unit komputer riba dan dua unit modem Wifi dirampas.

“Kesemua tangkapan adalah seramai 26 orang, terdiri daripada 23 lelaki dan tiga perempuan yang merupakan warganegara asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun.

“Kesemua individu yang ditangkap merupakan operator perjudian dalam talian dengan bayaran gaji sebanyak RM1,200 sehingga RM1,600 sebulan,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Wong Ing Fung.

Menjelas lanjut, Mancha berkata siasatan awal mendapati pusat perjudian itu telah beroperasi 24 jam secara syif, sejak setahun lalu berdasarkan rekod dan transaksi yang disemak dengan keuntungan kasar mencecah RM240,000 sebulan.

Justeru, beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan pemilik kondominium terbabit kerana membenarkan ia digunakan untuk operasi kegiatan haram tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI