fbpx

Warga emas tunai impian jadi penari balet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Ziqing menyokong minatnya untuk menjadi penari balet. - Oddity Central

BEIJING – Seorang warga emas tular di media sosial China kerana mengejar impiannya dengan mengikuti kelas tarian balet sejak sedekad lalu, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Liu Ziqing, 63, meminati balet sejak kecil selepas menonton pertunjukan The Red Detachment of Women pada awal tahun 1960-an lebih daripada 10 kali tetapi tidak berpeluang mempelajarinya.

Membesar dalam keluarga miskin di sebuah kampung berhampiran bandar Baotou, tumpuan utama Ziqing adalah sentiasa membantu keluarganya mencari pendapatan.

Ziqing akhirnya menjadi seorang petani sambil bekerja sebagai pembersih jalanan untuk memenuhi keperluan hidup.

Lelaki itu tidak pernah melupakan minatnya dan pada usia 53 tahun, dia memutuskan untuk menjadi penari balet.

“Saya berfikir untuk menari selama bertahun-tahun. Pada suatu hari, saya melihat kursus latihan asas balet di televisyen dan mencetuskan idea untuk cuba belajar menari,” kata Ziqing dalam satu temu bual.

Balet bukan sahaja menjadikannya seorang lelaki yang gembira, tetapi dia yakin bahawa tarian itu memberikan kebaikan untuk kesihatannya juga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI