fbpx

‘Dukun’ ganda wang bunuh pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang lelaki yang ditangkap polisK kerana membunuh seorang pegawai percubaan di Karawang baru-baru ini. - Foto Tribun Jabar

JAKARTA – Polis menangkap dua suspek yang disyaki membunuh seorang pegawai kontrak di Karawang, Jawa Barat baru-baru ini, lapor portal berita Tribun Jabar semalam.

Mayat Fredy ditemui di sebuah kebun pisang milik seorang penduduk kampung di Desa Kutamekar, Karawang.

Ketua polis tempatan, Prasetyo Purbo Nurcahyo berkata, dua pembunuh Fredy Abdul Halim, 41, itu merupakan bapa dan anak yang menyamar sebagai dukun.

Menurutnya, bapa dan anak itu berpura-pura menyamar sebagai dukun yang boleh menggandakan wang.

“Fredy dibunuh kerana menuntut wang yang dijanjikan tidak kunjung tiba,” kata Prasetyo pada sidang akhbar di balai polis Karawang.

Dukun palsu itu menjanjikan boleh menggandakan wang senilai 5 juta rupiah ( RM1,494 ) sehingga 1 bilion rupiah (RM298,998). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI