fbpx
Razali (kiri) sewaktu berceramah pada majlis pelancaran jentera PN PRK Kemaman malam tadi.

4 Ahli Parlimen sokong Anwar didesak letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah menyatakan sokongan terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak agar meletakkan jawatan kerana didakwa telah mengkhianati jentera parti dan pengundi.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd. Azizi Abu Naim. (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, kesemua Ahli Parlimen terbabit perlu segera mengosongkan kerusi masing-masing dan dicabar bertanding semula atas tiket parti mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Mereka bijak kononnya kalau kita (Bersatu) pecat, mereka jadi (Ahli Parlimen) Bebas.

“Saya fikir orang macam ini tiada hati perut dan tidak fikir kerja keras jentera parti (Perikatan Nasional) memberikan mereka kemenangan (dalam Pilihan Raya Umum ke-15),” dakwanya ketika ditemui selepas pelancaran Jentera PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di sini malam tadi.

Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Mohd. Azizi dan Zahari masing-masing telah menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri, namun kekal setia bersama Bersatu.

Razali berkata, Bersatu juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahari dan Mohd. Azizi yang telah membelakangkan pendirian parti tidak menyertai kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili telah digantung keahlian dan jawatan selama enam tahun disebabkan menyokong Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN