fbpx

Piala AFC: Terengganu bangkit atasi Stallion Laguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONY Norde (jersi hitam) memainkan peranan besar kepada kemenangan 3-2 Terengganu ke atas Stallion Laguna FC, sebentar tadi. - AFC

KUALA LUMPUR – Bintang import, Sony Norde menjadi watak penting kepada kebangkitan Terengganu untuk menewaskan kelab Filipina, Stallion Laguna FC 3-2 di Stadium Bolasepak Binan, sebentar tadi.

Selain menghasilkan gol kemenangan skuad Peteh, bintang import dari Haiti itu juga turut jadi pencetus kepada dua lagi jaringan Terengganu

Seperti aksi pertama di Kuala Terengganu, skrip sama terus berulang apabila anak buah Tomislav Steinbruckner membiarkan tuan rumah mendahului dua gol menerusi Junior Ngong Sam seawal minit ketiga dan Griffin McDaniel, minit ke-13.

Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki minit ke-33, usaha keras Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan lawan, Matthew Nierras tertanduk bola ke gawang sendiri gol sendiri.

Situasi itu nyata merubah corak permainan skuad Peteh yang dilihat makin bertenaga namun tiada sebarang tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Terengganu menyambung aksi dengan lebih agresif dan dihidangkan beberapa peluang terbaik sepanjang 15 minit pertama babak kedua namun kesempatan itu gagal disudahkan dengan lebih sempurna.

Minit ke-65, kerja keras Norde yang melepasi kawalan dua pemain lawan membuahkan hasil apabila umpanan dilakukannya pantas disambar Ivan Mamut untuk memastikan jaringan penyamaan buat Terengganu.

Kepantasan dimiliki Norde jelas menjadi igauan ngeri buat benteng Stallion Laguna FC apabila meledak gol kemenangan Terengganu pada minit ke-86. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI