fbpx

Netizen menyampah pesohor pakai seksi dalam tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN seorang pesohor media sosial berpakaian seksi semasa menaiki kereta api mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen. – AGENSI

HONG KONG – Satu klip video menampilkan seorang wanita memakai pakaian provokatif semasa menaiki tren bawah tanah di Hong Kong telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, lapor akhbar Thaiger semalam.

Rakaman yang dikongsi di serata platform media sosial itu menunjukkan seorang wanita muda memakai pakaian menjolok mata berupa sehelai coli berwarna biru muda  dipadankan dengan seluar jeans sekali gus menarik perhatian penumpang lain.

Video itu mencetuskan perdebatan secara online dengan ramai memuji kecantikan wanita tersebut, namun tidak kurang juga bilangan netizen yang menganggap pakaian seperti itu tidak wajar dipakai di tempat awam.

Kisah tersebut tidak berakhir di situ apabila pendedahan menyatakan bahawa wanita terbabit ialah Yumi.k iaitu bintang internet Taiwan. Dia  memuat naik gambar dan video dirinya memakai pakaian serupa dalam akaun Instagram.

Sebelum ini, Hou Queenie yang merupakan guru bahasa Jepun mendapat perhatian ramai kerana berpakaian seksi semasa menaiki tren yang sesak di Jepun.

Wanita itu dikenali sebagai guru paling seksi di Taiwan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI