fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS hantar kapal selam peluru berpandu ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal selam peluru berpandu dilihat di Terusan Suez yang melalui bawah Jambatan Al Salam di timur laut Kaherah. - CENTCOM

KAHERAH, Mesir – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah kapal selam peluru berpandu miliknya tiba di Asia Barat, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Langkah itu adalah mesej jelas kepada musuh serantau ketika pentadbiran Presiden Joe Biden cuba mengelak perang Palestin-Israel merebak secara lebih meluas.

Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata, sebuah kapal selam kelas Ohio telah memasuki Terusan Suez di timur laut Kaherah.

Hantaran itu tidak menamakan kapal selam tersebut, tetapi Tentera Laut AS mempunyai empat kapal selam peluru berpandu kelas Ohio atau SSGN iaitu bekas kapal selam peluru berpandu balistik yang ditukar untuk menembak peluru berpandu jelajah Tomahawk.

Setiap SSGN boleh membawa 154 peluru berpandu jelajah Tomahawk, 50 peratus lebih banyak berbanding kapal pemusnah peluru berpandu AS dan hampir empat kaki ganda daripada kapal selam terbaharu Tentera Laut AS.

Setiap peluru berpandu jelajah Tomahawk pula boleh membawa sehingga 453 kilogram peledak letupan tinggi.

Pengumuman itu adalah mesej pencegahan yang jelas ditujukan kepada Iran dan proksinya di rantau Asia Barat. Kapal selam itu menyertai beberapa aset Tentera Laut AS lain yang berada di kawasan itu, termasuk dua kumpulan gempur kapal induk dan kumpulan pendaratan amfibia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI