fbpx

Tompok putih pada kuku tanda ada masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai beranggapan penjagaan kuku tidak sepenting muka, namun ia tidak benar kerana penjagaan kuku lambang kebersihan diri dan juga kecantikan bagi seseorang individu.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan video seorang doktor pempengaruh, Dr. Azri Aizat Ruhaizan berkongsikan ciri-ciri kuku yang tidak normal berpunca daripada kekurangan jenis zat.

“Yang pertama, jika anda mempunyai tanda putih (white spot) atau nama lainnya ‘leukonychia’ pada kuku, ia bukan bermaksud ada orang merindukan anda, tetapi ia bermakna anda kekurangan zink dalam badan.

“Yang kedua, kuku jenis bergelombang (horizontal groove) iaitu seperti ada lekuk lekuk secara melintang pada kuku menandakan anda kekurangan protein, asid folik dan zat besi,” kongsinya.

Selain itu, beliau turut berkata, kuku jenis melengkung ke dalam atau nama lainnya koilonychia (spooned nails) berpunca daripada zat besi di dalam badan yang tidak cukup.

“Yang seterusnya iaitu jika anda mempunyai kuku yang seperti digigit, menandakan anda tidak mengambil zink yang mencukupi untuk badan.

“Kuku yang tidak sihat seterusnya adalah kuku jenis rapuh dimana kita lihat kukunya mudah patah adalah kerana individu tersebut kekurangan zat besi dan minyak ikan,” katanya lagi.

Video perkongsian mengenai ciri-ciri kuku yang tidak normal itu memiliki 1.1 juta tontonan di laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI