fbpx
Terdapat pasangan yang lebih suka mengadakan hubungan sejenis kerana lebih puas dan seronok. – Gambar hiasan

Seronok dapat, penyakit kelamin pun dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang eksekutif pemasaran mengaku dia sudah bosan dengan isterinya hingga mendorong dia mencari bini orang untuk melakukan hubu­ngan seks sejak tiga tahun lalu.

Hilmi, 35, berkata, dia bernikah pada 2018 tetapi isterinya sering menolak permintaannya atas alasan penat bekerja.

“Saya jumpa isteri orang yang sudi buat seks di dalam satu kumpulan di media sosial. Hubungan ini tiada rasa cinta dan tidak perlukan komitmen.

“Kami memakai kondom untuk elak penyakit. Saya belum mengaku kepada isteri tetapi rasanya dia tahu sebab dia se­ring menolak bila diajak bersama,” katanya.

Seorang jurugambar, Afifi, 28, berkata, bertukar pasangan lebih mudah dengan adanya media sosial.

“Saya jumpa orang yang tidak kisah sama ada isteri atau suaminya bertukar pasangan tanpa mengira kaum atau bujang. Apa yang penting mereka mahu pasangan seronok,” katanya yang sudah bertaubat selepas hidup­nya sentiasa susah.

Pegawai khidmat pelanggan, Nur, 41 pula berkata, dia pernah dijangkiti chlamydia melalui bekas suaminya yang bertukar pasangan.

“Saya pergi klinik lepas rasa sakit dan terkejut apabila doktor mengesahkan saya dijangkiti penyakit kelamin. Saya tahu suami tukar pasangan selepas kegiatannya terbongkar selepas didesak,” katanya yang menuntut cerai.

Menurut Nur, dia turut me­nemui hantaran yang dibuat oleh suaminya kepada satu kumpulan di Facebook menggunakan akaun kedua.

“Saya pernah tanya apa guna buat dua akaun Facebook tetapi dia kata itu hanya untuk main game sahaja. Tak sangka dia tipu saya,” katanya yang tidak mempunyai zuriat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN