fbpx

Budak 8 tahun dapat hadiah rantai berlian, ibu sangka aksesori mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tang mendapati rantai berlian yang dipakai anaknya sebagai asli. - Sanook

BEIJING, China – Seorang budak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Hunan mengejutkan ibunya selepas menerima hadiah seutas rantai berlian asli daripada rakan sekelasnya.

Laman berita Thaiger melaporkan, wanita bernama Tang itu lebih terkejut apabila ibu bapa budak lelaki berkenaan enggan bersetuju dengan permintaannya untuk memulangkan rantai tersebut.

Tang pada awalnya menganggap rantai yang dibawa pulang anaknya sebagai mainan kanak-kanak. Namun apabila diperiksa lebih dekat, dia menyedari rantai itu asli.

Anak Tang memberitahu dia pada awalnya menolak hadiah itu, namun budak lelaki tersebut berkeras dan enggan menerimanya semula.

Tang menghubungi ibu bapa budak lelaki itu dan dia diberitahu bahawa rantai tersebut benar-benar asli dan berharga 20,000 yuan (RM12,928). 

Apabila Tang ingin memulangkan rantai itu, dia terkejut kerana mereka enggan menerimanya semula.

Tang memutuskan untuk memulangkan sendiri rantai itu pada hari berikutnya ketika dia menghantar anak ke sekolah.

Dia juga beberapa kali memberitahu anak perempuannya supaya tidak menerima hadiah daripada orang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI