fbpx

K2

Maafkan aku wahai anakku…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIR menunjukkan dua buah buku tulisannya iaitu Anak Melayu di Palestin Sedekad di Penjara Terbesar Dunia dan Seinci dari Kematian.

Sepanjang hampir sedekad menetap di Gaza, Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah berhadapan beberapa siri peperangan atau serangan Zionis, cuma peperangan kali ini dia ditakdirkan tidak berada di sana.

Andai diikutkan hatinya, ingin sahaja dia pulang tetapi apakan daya pintu sempadan telah dibom dan tidak boleh berlaku sebarang pergerakan keluar dan masuk, dan isterinya juga memberi amaran untuk tidak pulang.

Ujarnya, jika ikutkan hati, dia ingin segera pulang ke sana untuk bersama isteri dan anak-anaknya melalui situasi getir tersebut.

“Ditakdirkan saya berjaya keluar dari Gaza untuk melaksanakan kerja-kerja menyusun pelan strategi buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Selepas tiga minggu saya keluar, bermulalah peperangan seperti mana yang kita ketahui sekarang,”

“Isteri saya memberi amaran supaya saya tidak balik ke Gaza, dia menyatakan bahawa mereka biar Allah SWT yang jaga,” jelasnya yang berkahwin dengan wanita Palestin, Reem iaitu balu kepada seorang syahid pada tahun 2016.

Sepanjang perkahwinan itu, Nadir dikurniakan dua cahaya mata, selain lima anak tiri hasil perkongsian hidup isterinya bersama suami terdahulu.

Menetap di Gaza dari tahun 2013, Nadir Al-Nuri telah berhadapan beberapa siri peperangan, lantas dirinya terpanggil untuk menulis buku berkisar pengalamannya.

Dua buku telah ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia itu. Pertama, Anak Melayu Di Palestin Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia yang diterbitkan pada 2021 dan Seinci dari Kematian yang diterbitkan pada 2022.

Dalam bukunya, Nadir menceritakan, ramai individu yang Allah SWT ambil nyawa sebagai syuhada dan kisah mereka tersebar luas walaupun mereka kurang dikenali. Antaranya satu kisah The Great Return March pada 2018.

“Berita syahid yang paling ‘mengoyak’ perasaan saya adalah apabila anak kecil, Muhammad Ayyub ditembak di kepala dalam salah satu perarakan pada hari Jumaat.

“Tatkala diusung jururawat, ayahnya menerpa anaknya dan berkata, ‘Maafkan aku wahai anakku, engkau syahid dalam kelaparan, sebulan aku tidak dapat mengisi perutmu kerana tidak ada apa-apa di rumah’,” katanya.

Malah, Nadir sendiri berhadapan dengan situasi getir apabila di kiri dan kanannya para pemuda tumbang ke tanah. Ia ekoran daripada ‘explosive bullet’ yang disasarkan ke lutut dan kaki sehingga mengakibatkan mangsa tumbang.

Nadir berkongsi bahawa selama 51 hari perang di Gaza pada 2014 nyawanya hampir beberapa kali tergadai. Paling hampir adalah ketika roket Zionis meledak di sebuah bangunan yang selang satu blok dari kediamannya.

 

Artikel ini merupakan artikel rencana. Sila baca artikel penuh di https://www.kosmo.com.my/2023/10/30/nyawa-ini-beberapa-kali-hampir-diragut-zionis/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI