fbpx

Koperasi Nafas Selangor teroka perniagaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nafas Function Hall yang dibuka hari ini di Taman Sains Selangor, Kota Damansara lokasi sesuai bagi penganjuran pelbagai majlis dan acara.

PETALING JAYA – Koperasi Warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Selangor Berhad meluaskan perniagaannya dalam bidang penganjuran majlis menerusi pembukaan Nafas Function Hall di Taman Sains Selangor, Kota Damansara di sini.

Pengurus Koperasi Warga Nafas Selangor Berhad, Mohamad Sarif Safian berkata, dewan yang mampu memuatkan hingga 1,200 orang pada satu-satu masa itu mampu menjadi lokasi bagi pelbagai acara dan majlis termasuk majlis perkahwinan, korporat, graduasi, latihan, seminar dan majlis sambutan hari lahir.

“Nafas Function Hall merupakan dewan majlis yang mesra orang kelainan upaya dan warga emas serta mempunyai kemudahan surau dan tempat letak kereta,” katanya kepada pemberita pada pembukaan Nafas Function Hall hari ini.

Antara pakej yang disediakan termasuk pelbagai perkhidmatan bagi penganjuran majlis seperti perancang perkahwinan, pengurusan acara, katering, PA sistem, jurugambar, kru pengurusan trafik dan khidmat nasihat percuma, katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sarif berkata, sempena pembukaan Nafas Function Hall hari ini, pihaknya menawarkan diskaun sehingga RM2,000 bagi majlis yang diadakan sebelum 1 Jan 2024.

Katanya, perniagaan penganjuran majlis merupakan pelaburan terbesar bagi Koperasi Warga Nafas yang mempunyai 404 ahli di seluruh negara terdiri daripada warga kerja Nafas dan subsidiarinya.

Sebelum ini, Koperasi Warga Nafas terlibat dalam perniagaan insurans dan takaful, perkhidmatan pembersihan, chalet dan penganjuran program rekreasi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai dewan yang dibuka hari ini boleh diperolehi di akaun Facebook Nafas Function Hall. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI