fbpx

2 terbunuh, 18 cedera amukan Halloween

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengawal lokasi tembakan rambang di Bandar Ybor awal pagi semalam. - Foto WFLA

MIAMI, Florida  – Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 18 orang lagi cedera dalam amukan senjata api di Bandar Ybor, dalam negeri Florida awal  pagi semalam, lapor akhbar The Sun UK.

Insiden berlaku apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang  ke arah pengunjung sebuah parti Halloween. Perayaan itu disambut bagi menghalau unsur jahat seperti hantu di Barat.

Jabatan Polis Tampa di Florida mengesahkan bahawa seorang individu ditahan susulan insiden  tersebut.

“Siasatan awal mendapati berlaku perbalahan antara dua kumpulan individu yang membawa kepada kejadian tembakan.

“(Seramai) 19 mangsa dihantar ke hospital berdekatan, di mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia,” kata polis.

Seorang lagi mangsa maut di tempat kejadian, tambah pihak berkuasa.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian ketika bunyi tembakan kedengaran, manakala beberapa saksi berkata, mereka mendengar antara 30 hingga 40 das tembakan dilepaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI