MIAMI – Bukan rahsia lagi bahawa spesies keli gergasi atau catfish berkeliaran di sungai-sungai negeri Florida , tetapi spesimen baru ditangkap dan didedahkan baru-baru ini berada dalam kelasnya yang tersendiri, lapor agensi berita UPI.
Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida(FWC) mempamerkan ikan catfish biru terbesar pernah ditangkap di negeri itu iaitu ikan raksasa seberat 33.38 kilogram yang dipancing di Sungai Suwannee.
Raja catfish baharu itu memecahkan rekod lama seberat 32.52 kilogram yang dicatatkan pada 2015, kata FWC dalam hantaran di laman X.
Tangkapan tersebut telah disemak bagi spesies, berat dan kelayakan sebelum disahkan sebagai rekod negeri yang baharu.
Ikan catfish biru dewasa mempunyai badan sasa dengan bonggol yang menonjol di hadapan sirip dorsalnya. Ikan ini mencari makanan di didasar sungai. – AGENSI














