fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Wartawan Palestin rakam detik diserang sebelum syahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman situasi Khaled bersama dua pegawai perubatan diserang oleh tentera Israel di sempadan Gaza.

PETALING JAYA – Seorang wartawan Palestin, Khaled sempat merakam situasi mamaparkan dirinya dan dua pegawai perubatan sedang diserang oleh sekumpulan tentera Israel di sempadan Gaza.

Rakaman tersebut dimainkan secara langsung menerusi siaran sebuah program televisyen.

Menerusi rakaman yang tular itu, dapat dilihat pada awalnya Khaled memanggil seorang pegawai perubatan yang berada pada jarak 10 meter daripadanya untuk datang berlindung bersama di sebalik dinding bangunan.

Kedengaran juga bunyi tembakan dan bom di sekitar kawasan tersebut.

Malangnya selepas beberapa saat, wartawan terbabit serta dua pegawai perubatan itu maut ditembak tentera Israel.

Dalam pada itu, telefon bimbit yang digunakan untuk merakam situasi tegang tersebut turut terakam jasad Khaled disamping percikan darah di atas tanah.

Terdahulu, media melaporkan rakyat Palestin mengalami gangguan komunikasi secara keseluruhan di Gaza selain berlaku pembunuhan secara besar-besaran sehingga megorbankan ribuan penduduk akibat serangan darat oleh rejim Israel. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mystic Islam (@themysticislam)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI