fbpx

Penunggang motosikal tolak kereta rosak disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bao menolak kereta rosak itu menggunakan kakinya. - VNExpress

HANOI – Seorang penunggang motosikal di Vietnam disaman kerana menolak sebuah kereta yang rosak di sebuah lebuh raya, lapor portal berita VNExpress semalam.

Polis wilayah Soc Trang semalam menyaman Tran Thai Bao, 39, sebanyak VND500,000 (RM97) atas kesalahan menolak kenderaan lain ketika menunggang motosikal.

Bao berkata dua minggu lalu, dia sedang menunggang motosikalnya apabila kereta seorang kenalannya rosak di lebuh raya Tran Hung Dao, Bandar Soc Trang.

Dia memutuskan untuk membantu pemilik kereta dengan menolak kereta itu ke garaj terdekat yang terletak 400 meter jauhnya.

Netizen percaya bahawa pemilik kereta sepatutnya memanggil trak tunda dan bukannya membiarkan Bao menolak kenderaan itu, – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI