fbpx

Kepuk kubur kena pecah bukan arahan pejabat agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUK kubur dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 1, Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Pejabat agama Islam daerah tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pembinaan pusara di tanah perkuburan di daerah ini.

Kadi Daerah Bentong, Ahmad Zaharuddin Mohd. Alias berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengambil inisiatif mengalihkan papan tanda larangan membina pusara yang diletakkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 1 di sini tanpa pengetahuan pihaknya.

Selain itu beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang semula pusara di dua kubur yang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah mengadakan lawatan mengejut ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 1 bersama beberapa pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Bentong.

“Kejadian memecah dan menanggalkan ‘kepuk’ kubur dipercayai berlaku pada hujung minggu baru-baru ini dan siasatan awal dijalankan setakat ini tidak dapat dipastikan siapa pelakunya, berkemungkinan pelakunya orang kurang siuman,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian pada minggu lalu, dua kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Satu di sini yang baru dipasang pusara telah dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu juga mencetuskan tanda tanya mengenai pembinaan pusara apabila terdapat papan tanda di kawasan perkuburan berkenaan yang melarang pembinaan pusara.

Menurut Ahmad Zaharuddin, Pejabat Agama Islam Daerah akan terus memantau semua Tanah Perkuburan Islam di daerah Bentong bagi memastikan kelestariannya terpelihara.

Beliau menegaskan Pejabat Agama Islam daerah juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pembinaan ‘kepuk’ pusara di tanah perkuburan.

“Berkemungkinan ia tindakan individu tertentu dan pejabat agama telah meminta jasa baik Ketua Kampung Batu 1 untuk berbincang bagi mengemaskini pengurusan perkuburan berkenaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI