fbpx

Keselamatan Perdana Menteri ditingkatkan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memaklumkan secara terbuka dirinya menerima ugutan susulan kelantangan menyuarakan isu Palestin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, keselamatan Anwar sentiasa menjadi keutamaan pasukan tersebut.

Bagaiamanapun, beliau berkata ugutan terbabit mungkin berkaitan dengan ekonomi serta sektor lain seperti perdagangan eksport negara.

“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” katanya ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Himpunan tersebut turut dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bagi menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin serta mengecam tindakan kejam Israel.

Tegas Anwar, Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI