fbpx

Jemaah guna karpet lusuh tenggelam bah rayu dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zaini menunjukkan keadaan karpet yang lusuh ketika ditemui di Surau Perpaduan Nurul Ihsan, Kampung Kuala Lah, Gua Musang.

GUA MUSANG – Kira-kira 40 Orang Asli beragama Islam tidak mempunyai pilihan menunaikan solat walaupun dalam keadaan tidak selesa dengan beralaskan karpet lama yang lusuh ekoran ditenggelami air dalam kejadian banjir besar pada Disember 2014.

Meskipun kejadian itu sudah hampir 10 tahun berlalu, tiada bantuan diterima oleh pihak surau berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

Seorang jemaah, Jali Anjang, 43, berkata, surau tersebut dibina lebih 30 tahun lalu dan telah dinaik taraf beberapa kali untuk keselesaan para jemaah.

“Surau ini kerap menjadi tumpuan jemaah termasuk orang ramai yang melalui jalan Gua Musang-Jeli.

“Karpet yang digunakan sekarang semakin lusuh. Kali terakhir karpet ini ditukar 10 tahun lalu. Karpet surau ini kini mengalami kerosakan dan semakin nipis selepas sudah lama digunakan.

“Jadi pihak pengurusan surau bercadang untuk menukarkan karpet tersebut demi keselesaan semua jemaah yang menunaikan solat di sini,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Surau Perpaduan Nurul Ihsan, Ahmad Zaini Dahlan Ab. Rahaman memberitahu, surau tersebut turut dijadikan kelas fardu ain dan bacaan surah Yasin oleh penduduk Orang Asli sekitar.

Beliau berharap ada pihak yang sudi membantu ahli jawatankuasa surau untuk menukar karpet baharu yang lebih selesa.

“Kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang mahu berwakaf dan memberi sumba­ngan untuk membeli kelengkapan surau di sini.

“Semoga sumbangan itu kelak akan dapat mengimarahkan lagi surau ini selain memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan solat dan menjalankan aktiviti kerohanian,” katanya.

Orang ramai boleh menya­lurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Surau Perpadu­an Nurul Ihsan bernombor 1102201383 atau hubungi Ahmad Zaini di talian 011-31360964.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI