fbpx

Bintang paling gemilang The Reds era Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MO SALAH berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan seteru tetangga Everton pada aksi derbi Merseyside di Anfield Sabtu lepas. - AFP

LONDON – Kolumnis Mail Sport, , Chris Sutton mendakwa sukar untuk mempertikaikan bahawa Mohamed Salah sebagai era terhebat Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), bahkan mungkin melangkaui kapten legenda The Reds, Steven Gerrard.

Salah sekali lagi menonjolkan dirinya apabila menjadi penjaring buat Liverpool ketika menewaskan Everton 2-0 pada perlawanan derbi Merseyside yang dilihat seakan-akan berakhir dengan keputusan seri 0-0 di Anfield Sabtu lepas.

Dengan pertahanan kanan The Toffees, Ashley Young dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada awal permainan, Everton nampaknya cuba bertahan untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata sehingga minit ke-75.

Bagaimanapun, selepas bola terkena tangan Michael Keane dalam kotak penalti memberikan peluang keemasan kepada Salah untuk menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus menyaksikan penyerang antarabangsa Mesir itu terlibat dengan gol dan bantuan jaringan dalam 15 perlawanan berturut-turut.

Justeru, bukan mengejutkan apabila Salah menjadi penyelamat pasukannya sekali lagi, lalu melonjakkan nama dirinya mungkin sebagai bintang terhebat The Reds dalam era Liga Perdana.

Salah berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Everton dan mencetuskan perdebatan sama ada dia adalah pemain terbaik pada saingan Liga Perdana buat Liverpool.

Tidak dinafikan Gerrard seorang pemain hebat, namun hakikatnya perdebatan kami menunjukkan apa yang sudah dilakukan Salah dalam tempoh tujuh tahun, manakala Gerrard selama 17 tahun.

Sejak menyertai Liverpool, Salah boleh dikatakan seorang pemain luar biasa.

Sejak menginjak kaki ke Merseyside pada tahun 2017, Salah telah memenangi setiap trofi yang dipertandingkan bersama kelab, serta tiga anugerah Kasut Emas berbeza termasuk pada musim sulungnya dengan menjaringkan 32 gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI