fbpx

Pas tiada masalah kecuali mereka yang ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

SHAH ALAM- Pas tidak mempunyai masalah dengan kaum bukan Melayu selagi mereka bukan dari kalangan ekstrem.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini dibuktikan menerusi kerjasama Pas dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, kerjasama juga pernah dilakukan bersama MCA dan MIC melalui Barisan Nasional (BN).

“Kita bukan macam parti lain, yang mana mereka cakap lain, tapi buat lain.

“Bukan hanya cakap tapi didokumentasikan janji itu. Apa yang disebut dalam manifesto bila jadi kerajaan tidak dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Keadilaan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini menempelak Abdul Hadi susulan arahannya meminta ahli Pas menarik undi orang bukan Melayu pada pilihan raya akan datang.

Dakwa Nik Nazmi, Abdul Hadi pernah mendakwa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera merupakan kumpulan ‘majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara’.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menegaskan Pas tidak pernah mengenepikan sokongan orang bukan Melayu.

“Kalau anda dengar ucapan Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) semalam, mengatakan kita (Pas) tidak ada masalah dengan orang bukan Melayu yang tidak ekstrem.

“Sokongan orang bukan Melayu adalah penting untuk Pas. Namun yang ekstrem untuk kita bekerjasama itu tidak boleh, contohnya parti politik yang mengambil sikap terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI