fbpx

Mogok pemandu lori: Hanya pemandu bermasalah sertainya – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman ketika ditemui pemberita katanya pada sidang akhbar Op Patuh Khas di Stesen Penguatkuasaan JPJ Banting, Selangor, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang gangguan dari sudut rantaian logistik di dalam negara meskipun berhadapan dengan siri himpunan mogok bantahan pemandu lori terhadap tindakan sitaan berpuluh lori lebih muatan dalam beberapa operasi penguatkuasaan, baru-baru ini.

Pengarah Penguatkuasa Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan mogok yang dilakukan itu hanyalah membabitkan kumpulan bermasalah sahaja manakala mereka yang menuruti peraturan jalan raya tidak mengikuti himpunan tersebut.

“Pengoperasian syarikat pengangkutan barangan komersial di seluruh negara berjalan seperti biasa sahaja.

“Hanya segelintir sahaja yang sering melakukan kesalahan dan tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ. Namun kebanyakan (pemandu lori) yang lain teruskan operasi mereka itu terdiri daripada mereka yang tidak lakukan kesalahan,” katanya selepas Op Patuh Khas di Stesen Penguatkuasaan JPJ Banting di sini, malam tadi.

Tambah beliau, hasil risikan yang dijalankan, pihaknya mengesyaki aktiviti mogok itu mempunyai dalang di sebaliknya kerana dilihat seperti terancang selain dianggotai oleh pemandu yang bermasalah.

“Mereka yang menyertai mogok ini hanya kumpulan kecil sekitar 50 ke 100 orang sahaja yang terkesan dengan penguatkuasaan JPJ.

Justeru itu, Lokman memaklumkan pihaknya bersedia untuk berkongsikan maklumat syarikat logistik yang bersih daripada kesalahan jalan raya kepada syarikat yang memerlukan khidmat mereka.

“Syarikat yang memerlukan perkhidmatan logistik diseru supaya menggunakan perkhidmatan syarikat yang mematuhi peraturan supaya semua pengguna jalan raya berasa selamat dan elak risiko bahaya.

“JPJ ada data syarikat mana yang mempunyai rekod bersih dan baik, sehubungan itu kami sedia berkongsi maklumat ini buat mana-mana syarikat yang memerlukan perkhidmatan logistik kenderaan komersial ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI