fbpx
Mohamad Firdaus (kanan) pada sidang akhbar di Surau Taman Seraya, Ampang.

AJK Surau Taman Seraya buat 10 laporan polis gangguan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya tampil membuat 10 laporan polis susulan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk setempat yang melemparkan tuduhan berbaur fitnah dan ancaman serta ugutan kepada Pengerusi surau tersebut.

Pengurusan Surau Taman Seraya di sini mendakwa berdepan gangguan berpanjangan daripada seorang individu yang berterusan mempertikaikan beberapa perkara berkaitan pengurusan surau termasuk azan dan solat Jumaat.

Pengerusinya, Abdullah Sulaiman, 62, berkata, isu tersebut bermula sejak penghujung tahun 2021 apabila individu terbabit mendakwa laungan azan di surau itu mengganggu.

Menurutnya, perkara itu pada awalnya ditangani secara berhemah dengan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

“Saya diminta bersabar dan beri ruang untuk penyelesaian, jadi kita ikut nasihat tersebut dan tidak panjangkan isu,” katanya pada sidang akhbar di Surau Taman Seraya hari ini.

Pengurus Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Mohamad Firdaus Babh berkata, aduan yang dilakukan tidak pernah berhenti walaupun selepas beberapa usaha penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, pihak surau bersama wakil rakyat telah cuba mencari jalan damai termasuk mengadakan sesi dialog melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

“Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan serta beberapa jabatan lain bagi membincangkan isu aduan yang berterusan ini,” katanya.

Beliau berkata, sesi dialog itu dirancang bagi menemukan kedua-dua pihak secara terbuka untuk menyelesaikan isu secara langsung.

Bagaimanapun, situasi menjadi semakin tegang apabila muncul satu mesej yang dihantar kepada pengerusi surau sehingga mencetuskan perbincangan dalam masyarakat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN