fbpx

Penerima bantuan sewa rumah LZS segera kemas kini maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima sistem pesanan ringkas (SMS) disaran segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian sebelum 18 November depan.

Jurucakap LZS berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan penyambungan bantuan berkenaan pada tahun depan.

Katanya, penyambungan bantuan sewa rumah itu melibatkan lebih 17,000 asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar dengan LZS di Selangor.

“Asnaf terlibat akan menerima satu pautan melalui SMS dan perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

“Ini bertujuan mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa dan kaedah pembayaran sewaan,” katanya hari ini.

Tambah jurucakap itu, asnaf boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi melalui pautan https://sewa2024.carrd.co/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenainya boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343.

“Selain itu, mereka boleh mengunjungi mana-mana cawangan LZS atau mengemukakan maklum balas di portal rasmi LZS iaitu [email protected],” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI