fbpx

Bekas asnaf buka Pondok Sedekah, bantu keluarga miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLINDA menunjukkan antara barang keperluan yang terdapat di Pondok Sedekah yang dikhaskan kepada keluarga miskin di Pengkalan Maras, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Seorang pe­niaga kedai makan yang sebelum ini merupakan asnaf dan pe­nerima zakat mengambil inisiatif meng­hulurkan barangan keperluan percuma kepada golongan memerlukan sejak seminggu lalu.

Haslinda Wahab, 40, berkata, inisiatif membuka Pondok Sedekah itu adalah sebagai tanda kesyu­kuran selepas dia berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan berkat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya pernah merasai kesusahan kehidupan sewaktu bergelar ibu tunggal selama 13 tahun sehingga menerima zakat dan bantuan daripada Maidam dan JKM.

“Kehidupan saya mula be­rubah apabila membuka kedai makan dengan pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selepas itu, rezeki saya terus murah apabila bertemu jodoh de­ngan suami pada tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Maras di sini semalam.

Haslinda berkata, beliau me­nyediakan barangan keperluan seperti beras lima kilogram, minuman coklat, kicap, minyak, biskut, mi segera dan susu formula bayi di Pondok Sedekah berkenaan.

Ibu kepada empat anak itu berkata, kesemua barangan ke­perluan tersebut boleh diambil secara percuma oleh golongan memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI