fbpx

Tragedi Batang Kali: 2 kali runtuhan dalam tempoh 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengusung mayat mangsa runtuhan di Batang Kali. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Laporan forensik tragedi tanah runtuh Batang Kali mendedahkan, berlakunya dua kejadian runtuhan di lokasi yang sama dalam tempoh 20 minit pada 16 Disember tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan selepas laporan itu dimuat naik menerusi laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada pukul 10 pagi tadi.

Menurut laporan tersebut, hasil maklumat diperoleh daripada saksi kejadian menyatakan kejadian tanah runtuh pertama berlaku sekitar pukul 2 pagi 16 Disember tahun lalu, dan runtuhan kedua selang disusuli 20 minit kemudian.

Laporan itu berkata, anggaran dimensi kegagalan cerun ialah 70 meter (tinggi), 120 meter (lebar), dan 330 meter (panjang) dengan anggaran jumlah bahan runtuhan sebanyak 283,000 meter padu.

“Disebabkan oleh keadaan tanah, puing (fenomena pergerakan tanah) runtuhan mencapai kawasan perkhemahan Riverview yang terletak kira-kira 550 meter jauhnya.

“Seterusnya bahan runtuhan terkumpul di hujung cerun yang gagal membentuk sebuah empangan sementara. Anggaran jumlah bahan runtuhan adalah kira-kira 283,000 meter padu.

“Mod kegagalan adalah gabungan kombinasi runtuhan jenis putaran dan aliran puing,” kata laporan itu.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember tahun lalu adalah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI