fbpx

Petugas kesihatan diminta tampil lapor kes buli ke sistem MyHelp – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat insiden buli dalam kalangan warga kementerian itu.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihak KKM melaksanakan sistem MyHELP yang merupakan satu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku.

Katanya, beliau menyeru agar semua petugas kesihatan melaporkan aduan mereka melalui sistem aduan tersebut yang sememangnya telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi.

“Saya ingin menegaskan bahawa KKM amat prihatin terhadap kebajikan semua petugas kesihatan.

“Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sebelum ini sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KKM.

“Ia dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warga KKM sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dan sebagainya dapat ditangani,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli melibatkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Zaliha sekali lagi menegaskan bahawa KKM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan isu buli dalam kalangan petugas kesihatan.

“(Saya) akan terus komited memastikan perkara seperti ini tidak berlaku di fasiliti kesihatan seluruh negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI