fbpx

Euro 2024: The Azzurri yakin miliki kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRATTESI percaya Itali memiliki aksi berpasukan lebih baik berbanding England yang memberikan fokus permainan individu. - AFP

MILAN – Pemain tengah Itali, Davide Frattesi melaungkan amaran awal kepada England menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 di Wembley awal pagi esok.

Frattesi menganggap Itali menampilkan aksi berpasukan lebih baik berbanding The Three Lions biarpun pasukan lawan itu memiliki Jude Bellingham yang dikatakan sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.

Dia tanpa berselindung mengakui sudah tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan Bellingham dan sedia membantu The Azzurri mencatat kemenangan dan melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024.

“Adakah England lebih baik berbanding kami? Secara individu memang mereka pasukan terbaik, tetapi mereka perlu ingat bahawa bola sepak adalah sukan berpasukan, jadi Itali ada peluang lebih besar.

“Bellingham mungkin berada setaraf dengan Kevin De Bruyne. Bagaimanapun, saya sukakan cabaran, jadi saya tidak sabar untuk bertemu dengannya pada perlawanan itu nanti. Semua pemain perlu berada pada tahap 100 peratus,” katanya.

Sementara itu, Frattesi juga memuji impak jurulatih baharu Itali, Luciano Spalletti yang dilihat sudah berjaya memperbaiki corak permainan pasukan itu selepas mengisi kekosongan ditinggalkan Roberto Mancini.

“Beliau (Spalletti) seorang jurulatih yang sentiasa mahukan aksi maksimum daripada semua pemain. Bagi saya, beliau berjaya meningkatkan kemampuan pasukan ini secara menyeluruh,” ujar pemain Inter Milan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI