fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bangunan Kementerian Buruh sumbangan rakyat Malaysia musnah dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bangunan Kementerian Buruh Palestin sebelum dan selepas serangan oleh tentera Zionis.

PETALING JAYA – Bangunan Kementerian Buruh yang dibina hasil usaha dan sumbangan dari rakyat Malaysia mengalami kerosakan teruk selepas serangan rejim Zionis ke atas Palestin baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi Pengarah PasRelief, Mohd Yusni Mat Piah yang turut memaklumkan bahawa bangunan itu baru sahaja disiapkan pada bulan Ogos lalu dengan jumlah kos RM 1.1 juta.

“Pagi ini, PasRelief menerima khabar dari Palestin bahawa bangunan Kementerian Buruh yang baru siap dan tidak sempat pun digunakan lagi itu turut terkesan oleh serangan tentera Zionis.

“Manakala bangunan Kementerian Buruh yang lama di sebelahnya telah musnah menyembah bumi. Bangunan baru yang bakal dijadikan tempat rakyat Palestin mencari rezeki kini sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusni berkata, tentera rejim Zionis juga telah bertindak biadap apabila menggunakan bom fosforus putih yang mana ia adalah diharamkan di peringkat antarabangsa.

Katanya, antara yang menjadi sasaran bom tentera Israel juga adalah bangunan awam termasuklah bangunan Kementerian Buruh yang dibina oleh PasRelief.

Bagaimanapun kata Mohd Yusni, pihaknya bertekad untuk terus kembali mengumpulkan dana yang secukupnya bagi membaik pulih semula bangunan Kementerian Buruh tersebut dengan lebih baik dan ia akan dimanfaatkan oleh rakyat Palestin.

“PasRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut bersama merebut ruang dan peluang ini menyumbang dalam menambah baik pulih bangunan tersebut.

“Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank, Tabung Kemanusiaan PasRelief atau boleh hubungi hotline PasRelief di talian 017-500 1144,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI