fbpx

[VIDEO] Jangan ingat biawak tiada guna kepada manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai yang mungkin sering menemukan reptilia seperti biawak di kawasan paya dan tasik yang menjadi habitat mereka.

Biawak ialah pemangsa yang memakan haiwan lain dan ia merupakan bahagian penting dalam rantai makanan dalam ekologi habitatnya.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa biawak juga mempunyai peranan penting dalam ekosistem di sekeliling kita.

Menurusi perkongsian Jazimin Jalaludin di Facebook, biawak memainkan peranan sangat penting dalam mengimbangi ekosistem.

“Biawak berperanan penting dalam mengendalikan populasi ular yang berbahaya seperti ular tedung selar, ular kapak, ular sawa, dan lainnya.

“Tanpa kehadiran biawak, populasi ular semakin bertambah pesat. Contohnya, satu ekor ular tedung selar yang berbisa mampu bertelur 10 hingga 20 biji telur setiap tiga bulan.

“Oleh kerana itu, kehadiran biawak sangat penting dalam mencegah kejadian ular masuk ke dalam rumah di kawasan kejiranan atau taman kita,” kata Jazimin.

Ini adalah hukum alam yang patut kita hargai kerana setiap peristiwa memiliki tujuannya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI