fbpx

Perbadanan Stadium Malaysia tidak ‘gelap mata’ kerana duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) berkenan melawat dan merasmikan rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak akan bersikap ‘mata duitan’ untuk menerima tempahan babitkan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengelak berlaku pertindihan seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Mohd Faidz Sanusi juga menjelaskan pertemuan empat mata bersama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah beri gambaran jelas tentang keperluan Harimau Malaya untuk terus menjadikan venue berkenaan sebagai gelanggang rasmi.

“Soal penjadualan menjadi sebahagian daripada perkara yang kita bincangkan dalam perbincangan dengan FAM baru-baru ini. Jadi kita tidak akan ada lagi pertindihan selepas ini.

“Memang aspek komersial juga sedikit sebanyak beri pendapatan kepada kita kerana kita tidak boleh terlalu mengharapkan 100 peratus daripada kerajaan. Keutamaan PSM selalunya adalah sukan dan ia babitkan tiga pemegang taruh utama.

“(Pertamanya) persatuan sukan diikuti komuniti dan selepas itu baharulah komersial,” katanya.

Sebelum ini, FAM yang diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi berbincang sendiri dengan PSM bagi menyusun jadual penggunaan stadium berkenaan pada baki 2023 ini dan sepanjang 2024.

Selain Pestabola Merdeka Harimau Malaya juga memiliki tugasan antarabangsa di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malah saingan domestik iaitu final Piala Malaysia awal Disember ini juga dijangka akan dilangsungkan di venue berkenaan.

Sebelum ini, ‘perebutan’ Stadium Nasional Bukit Jalil sentiasa jadi bahan kritikan peminat bola sepak tempatan apabila PSM tuut menerima tempatan bagi konsert artis antarabangsa.

Pada aksi separuh akhir Piala AFF sebelum ini, konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou pernah menghadirkan kemelut apabila 21,000 tempat duduk di venue berkenaan terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur pentas. – KOSMO ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI