fbpx

Mawar Rashid bersuara, akui tindakannya tidak wajar dicontohi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Mawar Rashid mengakui tindakannya membuka semula hijab sebagai perbuatan yang tidak patut dicontohi.

PETALING JAYA – Selepas kecoh tentang isu tanggal hijab, pelakon Mawar Rashid akhirnya bersuara selepas berkongsi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengakui tindakannya mendedahkan semula aurat, sebagai perbuatan yang tidak baik dan wajar untuk dicontohi.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Mawar sedaya upaya mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan yang telah dia lakukan.

“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tidak angkat dan balas mesej semua yang bertanya tentang keadaan saya. Saya baru ‘on’ telefon.

“Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang isu (buka hijab), sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan patut dicontohi.

“Sungguhpun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa atas tindakan yang dibuat dan memberitahu masih dalam fasa berusaha untuk istikamah selama ini, namun gagal.

“Saya juga hendak minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dan buat dan saya sudaya upaya untuk istikamah selama ini.

“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istikamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan.

Pada masa sama, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata positif dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.

“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya, bagi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.

Hari ini, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan tindakan pelakon yang pernah membintangi drama Diam Tanda Setuju itu selepas berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak lagi berhijab.

Tindakan Mawar sekali gus menuai teka-teki ramai sama ada adik ipar kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaacob itu sudah pun menanggalkan hijabnya.

“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas.

Selain itu, Mawar turut memberitahu dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.

Terdahulu Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI