fbpx

Dewan Rakyat: Anwar pakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar turut memakai riben hijau sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.-Foto Ihsan Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen dilihat mengenakan riben hijau pada pakaian masing-masing pada sidang hari kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

Pemakaian riben hijau tersebut adalah sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran kesihatan mental sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini.

Sempena sambutan itu juga, Anwar sebelum menjawab soalan pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental.

“Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini adalah simbol kesihatan mental antarabangsa. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI