fbpx

Bapa miliki anak perempuan hidup lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis mendapati bapa yang memiliki anak perempuan cenderung untuk hidup lebih lama. – Unsplash

KRAKOW, POLAND – Satu kajian mendapati bapa yang mempunyai anak perem­puan cenderung untuk hidup le­bih lama berbanding mereka yang tidak memilikinya, lapor
laman berita Wion News kelmarin.

Kajian tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Universiti Jagiellonian di Poland. Kajian itu menganalisis data demografi seramai 4,310 individu terdiri daripada 2,147 orang ibu serta 2,163 bapa.

Kumpulan penyelidik itu meneliti bilangan anak-anak serta membezakan antara anak pe­rempuan dan anak lelaki untuk melihat sebarang kesan potensi terhadap umur bapa.

Hasil kajian mendapati jumlah bilangan anak atau bilangan anak lelaki tidak mempunyai kesan ketara terhadap jangka hayat bapa. Sebaliknya, hubung kait signifikan diperhatikan antara bilangan anak perempuan dan umur bapa.

Penemuan utama kajian itu menunjukkan bahawa bapa yang mempunyai anak perempuan cenderung untuk hidup lebih lama.

Kajian sama turut menemui trend menarik, iaitu semakin ramai anak perempuan dimiliki seseorang bapa, semakin lama jangka hayat mereka.

Malah, data menunjukkan bahawa bagi setiap anak perempuan yang dilahirkan, jangka hayat seorang bapa bertambah pada kadar purata 74 minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI