fbpx

Lari terima rawatan takut ditangkap kutip besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang pengsan bawah sebuah lori di bekas tapak projek pembinaan di Klang.

KLANG – Gara-gara takut ditangkap selepas menceroboh bekas tapak projek pembinaan dan mengutip besi buruk membuatkan seorang lelaki sanggup lari sejauh dua kilometer dalam keadaan tangan berdarah bagi mengelakkan menerima rawatan di hospital.

Tindakan tersebut nyata membahayakan diri lelaki berusia 37 tahun itu apabila pengsan di tapak yang terletak di Jalan Teratai tersebut sebelum dibawa keluar anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan pengutip besi buruk luka di lengan tangan ketika memotong tong drum.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa oleh orang awam ke sebuah klinik bagi tujuan rawatan.

“Bagaimanapun, akibat luka yang teruk membuatkan lelaki tersebut perlu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

“Ketika sedang menunggu ambulans, lelaki itu telah bertindak melarikan diri ke tapak projek tersebut semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jarak lokasi klinik dan bekas tapak projek tersebut dianggarkan sejauh dua kilometer.

Ahmad Mukhlis menambah, mangsa bagaimanapun didapati pengsan di bawah lori yang berada di tapak tersebut.

Ujar beliau, pihaknya kemudiannya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.15 tengah hari daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi khidmat mengangkat mangsa.

“Empat anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah bergegas ke lokasi kejadian untuk bantuan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada KKM untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI