fbpx

Dewan Rakyat: 5,873 tapak 5G siap dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,873 tapak 5G telah siap dibangunkan setakat 30 September lalu dengan perkhidmatan itu kini mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, sementara bagi jumlah langganan perkhidmatan 5G pula, sebanyak 2.49 juta direkodkan iaitu bersamaan 7.4 peratus kadar penembusan.

“Sehingga kini, enam syarikat pemberi perkhidmatan mudah alih telah menawarkan pelan komersial 5G iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, YTL Communications dan Yoodo,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) tentang status pembangunan rangkaian 5G setakat ini dan jumlah langganan yang telah diterima menerusi perkhidmatan rangkaian 5G.

Fahmi berkata pelaksanaan rangkaian 5G ketika ini sedang giat dijalankan oleh Digital Nasional Berhad dengan sasaran untuk menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara, meliputi 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI